HUBUNGI : Shah - 013-3312880
FAQ
1- Baja cecair ini tidah cukup bekalan nutrien, tapi ia baik hanya untuk akar sahaja.
Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis baja cecair dan juga penggalak hasil tanaman. Contohnya baja kimia dalam bentuk cecair, hormon penggalak dan EM.
Baja AG ini ialah baja cecair organik yang berasaskan EM. Apa yang membezakan baja AG dan EM lain ialah kita mempunyai lebih dari 18 nurtien yang mana diperlukan oleh tanaman. Yang mana jumlah nutrien yang dibekalkan didalam baja AG adalah setaraf atau lebih dari baja lain. Nutrien-nutrien tadi adalah merangkumi keperluan untuk semua bahagian tanaman samada dahan, buah, akar, daun dan juga sistem pertahanan.
2- Baja ini ada jaminan atau tidak jika ia digunakan selepas 5 tahun sebab baja ini adalah keluaran baru, dibimbangi mula2 banyak hasil kemudian kurang buah.
Baja AG memberi jaminan yang hasil tanaman akan stabil. Baja AG ini agak baru dikomersialkan, tetapi kajian sebelum dikomersialkan sudah lama dibuat. Lagipun kaedah pertanian berasaskan organik dan bakteria telahpun dibangunkan di seluruh dunia.
3- Adakah ia sesuai untuk semua jenis tanah, atau perlu tambahan jika tanah yg tidak bersesuaian.
Ia sesuai untuk semua jenis tanah terutamanya di Malaysia, cuma pada beberapa tanah yang bermasalah mungkin memerlukan penggunaan yang lebih.
4- Adakah perlu penggunaan racun jika baja ini digunakan.
Penggunaan racun adalah tidak digalakkan semasa tempoh penggunaan baja AG ini. Ini kerana ia sedikit sebanyak akan merencatkan aktiviti bakteria didalam baja.Oleh itu kami lebih menyarankan penggunaan mesin dari racun.
Akan tetapi, jika pengguna masih mahu menggunakan racun pada ladang atau kebun mereka, pastikan penggunaannya adalah jauh dari pokok. Sekitar 3 – 4 kaki dari pokok.
5- Bolehkah tong racun dicuci, kemudian digunakan pula untuk guna baja ini.
Boleh, tong/pam racun boleh dicuci dengan cara satu penutup penuh baja AG dibilas bersama air. Tetapi sebaik-baiknya adalah menggunakan tong/pam khas.
6- Adakah memadai dengan hanya menggunakan baja AG sahaja?
Ya, cukup dengan menggunakan baja AG untuk tanaman anda. Ini kerana ia mengandungi lebih 20 unsur nurtien yang diperlukan oleh tanaman seperti Nitrogen, Fosfat, Kalium, Magnesium dan Boron. Kandungan unsur – unsur berkenaan juga adalah mencukupi untuk menghasilkan tanaman yang sihat.
Akan tetapi jika pengguna masih ingin menambah baja lain, kami mengesyorkan hanya baja yang berasaskan organik ataupun dari jenis bukan kimia. Ini kerana penggunaan baja kimia dan organik secara serentak akan mematikan fungsi baja organik. Sabaliknya penambahan baja organik lain seperti baja tahi ayam dan tandan kosong akan sedikit sebanyak meningkatkan keberkesanan baja AG.
7- Berapakah harga baja AG ini?
Baja AG cecair 4 liter (1 gelen), harganya ialah RM 240 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 280 bagi Sabah dan Sarawak. Ia dapat digunakan untuk 2 ekar tanaman sawit dan 5 ekar untuk tanaman getah.